AZMITAKAFUL
WWW.AZMITAKAFUL.COM
'Takaful Dahulu...Baru Tawakal..'
  • Produk PruBSN Takaful Paling Hot!
  • Prubsn Setia & Prubsn Impian 2021- NEW!
  • Prubsn Anugerah Plus 2021- NEW!
  • Prubsn Warisan Plus 2021 - NEW!
  • Hibah Takaful
  • Medical Card Prubsn Takaful
  • Blog Prudential BSN Takaful
  • Sembang Takaful - Video
  • Hubungi Saya
  • Apa Insurans | Takaful | Kad Perubatan
  • Jawatan kosong | Kerjaya | Karier
    • Kenapa Pilih Prudential | PruBSN Takaful
    • Kepentingan Takaful & Insurans
  • Tuntutan | Testimoni
  • Penyakit Kritikal | Penyakit Spesifik
  • Sejarah Prudential & Prudential BSN Takaful
  • Kamus | Terma | Bahasa Insurans
  • Cara Bayaran Sijil Takaful online
  • FAQ
  • Insurans Am & Takaful Am [Perbaharui insurans kenderaan anda]
  • Kenaikan Insurans & Takaful 2020 (repricing)
Klik Utk Wassap - SAYA NAK TAKAFUL

Ruangan FAQ (Frequently Ask Question)

Soalan 1
Prudential Bsn Takaful ada tak pakej Kad Perubatan yang hanya perlu satu kad perubatan (medical card) & boleh digunakan untuk satu keluarga?

Jawapan : TIADA,buat masa sekarang,Prudential Bsn Takaful tidak mengeluarkan kad perubatan yang boleh dikongsi had oleh semua ahli keluarga.Setiap ahli keluarga perlu ada kad perubatan individu  yang berbeza dan had yang berasingan. Polisi juga berasingan (individual).Ini adalah kerana,untuk mengambil takaful,faktor-faktor seperti UMUR,JANTINA,PEKERJAAN & STATUS MEROKOK akan diambil kira untuk pengiraan bayaran premium bulanan.Premium atau caruman setiap seorang akan berbeza mengikut faktor-faktor di atas.Takaful ibarat kita memilih pakaian.Saiz setiap orang mungkin berbeza,ayah tidak boleh memakai pakaian ibu,ibu tidak boleh memakai pakaian anak,anak juga sudah tentu tidak boleh memakai pakaian ayah.Begitu juga takaful,setiap orang dalam keluarga memerlukan  keperluan berbeza & pengiraan risiko juga berbeza mengikut faktor-faktor yang disebutkan tadi.Tapi mungkin anda berminat dengan plan medical card yang mampu milik.Klik sini.

Soalan 2
Berapakah harga premium atau caruman pelan paling rendah yang Prudential Bsn Takaful tawarkan?

JAWAPAN :
Caruman untuk pelan berkait pelaburan adalah bermula serendah RM100* sebulan (tertakluk syarat).Manakala pelan life atau hayat (hibah takaful) bermula serendah RM20* sahaja sebulan.Caruman akan berubah mengikut faktor UMUR,JANTINA,PEKERJAAN dan MEROKOK.

Soalan 3
Kenapa takaful  yang Prudential BSN Takaful tawarkan ni terlalu mahal?ada tak takaful yang premiumnya lebih murah?

JAWAPAN : Dalam pasaran ada banyak produk insuran dan takaful.Termasuk Prudential Bsn Takaful sendiri,kami menawarkan bermacam-macam produk.Jika anda mahu produk yang hanya melindungi anda dari KEMATIAN atau KEMALANGAN tanpa kad perubatan ,maka ia adalah lebih murah.Malah kadangkala ia hanya memerlukan premium serendah RM20/sebulan.Tetapi ia hanya melindungi kematian kerana kemalangan sahaja.Tetapi produk 3 in 1 kami memang komprehensif iaitu ia merangkumi PERLINDUNGAN + KAD PERUBATAN + SIMPANAN.Pelan yang begitu lengkap,semuanya dalam satu pelan.Bayangkan minimum bagi kad perubatan ialah RM100k/setahun (dana untuk membayar kos perubatan di hospital pakar).JIka anda menyimpan sendiri,berapa lama anda akan berjaya untuk simpan RM100k???.Dengan pelan kami,bukan sahaja anda dapat kad perubatan,malah pampasan-pampasan lain & sebahagian caruman akan dijadikan sebagai simpanan.Adakah anda masih beranggapan pelan kami mahal??

Soalan 4
Bila saya boleh keluarkan duit simpanan saya,ada tarikh matang ke?

JAWAPAN :  Tujuan utama mengambil pelan takaful adalah untuk melindungi diri & keluarga dari sebarang musibah,baik kesakitan atau kemalangan,bukan untuk membuat untung.Manfaat simpanan hanya sebahagian dari manfaat takaful masa kini.Anda mungkin tidak akan menikmati keuntungan tinggi seperti yang anda impikan.Ini adalah kerana,takaful memerlukan kos pengurusan risiko & kos servis.Maka,jangan harapkan wang yang anda bayar akan dijadikan simpanan anda 100%.Jika anda benar-benar ingin menyimpan & mendapatkan keuntungan yang tinggi maka anda perlulah melabur di tempat lain cth: ASB,Unit trust etc....Tetapi,harus diingat,sebelum menyimpan,anda perlulah ada perlindungan.Kerana ia yang akan melindungi simpanan anda itu.Jika anda tiada takaful,maka anda terpaksa meggunakan simpanan anda jika diperlukan untuk rawatan.Bagi Prudential BSN Takaful,simpanan anda boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja.Tapi dengan syarat,baki simpanan RM2k haruslah ditinggalkan dalam akaun.Cth: JIka anda ada RM5k,anda boleh keluarkan RM3k pada bila-bila masa.Tiada tempoh matang atau tetap untuk pengeluaran tersebut.Untuk proses pengeluaran pula,anda hanya perlu isi borang & serahkan ke mana-mana cawangan Prudential atau hubungi ejen anda.Dalam 4-7 hari cek akan dikeluarkan.

Soalan 5
Jika saya sudah ada penyakit,adakah saya boleh ambil takaful & kad perubatan?

JAWAPAN : BOLEH & TIDAK,sekiranya seseorang itu sudah sedia ada mengalami sebarang penyakit,ia sebenarnya bergantung kepada penyakit apa yang seseorang itu hidapi.Jika penyakit itu bukan dari senarai 36 penyakit kritikal atau penyakit spesifik,biasanya dia layak untuk ambil takaful dengan beberapa syarat (syarat akan ditentukan oleh Prudential BSN Takaful,mungkin laporan hospital & pengesahan doktor diperlukan).Beberapa kemungkinan boleh berlaku jika sesorang itu pernah menghidapi penyakit atau pernah dimasukkan ke wad antaranya :

Exclusion (pengecualian)
Pengecualian bermaksud,seseorang itu layak untuk mengambil takaful & layak mendapat semua manfaat termasuk kad perubatan tetapi dikenakan pengecualian perlindungan terhadap penyakit yang telah sedia ada.Kad perubatan & semua manfaat lain tidak boleh digunakan jika seseorang itu diserang semula penyakit sedia ada.Cth: Mr.A sudah menghidap Athma sejak kecil.Prudential BSN Takaful luluskan permohonan Mr.A untuk mengambil Takaful, tetapi Mr.A dikenakan exclusion iaitu sebarang tuntutan & manfaat yang disebabkan Athma pada akan datang,Prudential BSN Takaful tidak akan cover.Malah kad perubatan atau apa-apa sahaja manfaat lain tidak boleh dituntut oleh Mr.A.JIka Mr.A terkena penyakit lain selain Athma,maka Mr.A layak untuk di cover.

Loading (penambahan premium)
Loading bermaksud,penambahan premium sedia ada.Cth:Mr.A pernah dimasukkan ke hospital akibat sesuatu penyakit ketika dahulu,tetapi Mr.A ingin mengambil takaful.Tambahan RM20 lagi akan dikenakan untuk membolehkan dia layak untuk mendapatkan takaful & kad perubatan.Maka dia harus membayar RM200+RM20 (loading) = RM240 untuk memastikan dia boleh dapat takaful & dilindungi sepenuhnya.Loading juga biasa terpakai apabila seseorang tu mengalami berat badan yang berlebihan atau terlalu kurus.







UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Whats App SEKARANG - 012 729 2141 << Azmi
😀
Whats App SEKARANG - 012 729 2141 << Azmi 😀
Whats App SEKARANG - 012 729 2141 << Azmi 😀

Klik Utk Wassap-Respon Pantas
Powered by Create your own unique website with customizable templates.