Penangguhan Bayaran Sumbangan
1. Apakah penangguhan pembayaran sumbangan di bawah Program Bantuan ini?
Program Bantuan ini adalah untuk memberikan pemegang sijil yang layak untuk menangguh pembayaran sumbangan untuk sijil Takaful mereka selama 3 bulan. Semasa tempoh penangguhan ini, kami akan terus menyediakan perlindungan Takaful. Program penangguhan sumbangan ini BUKAN secara automatik. Oleh itu, pemegang sijil mesti menghubungi syarikat pengendali Takaful untuk membuat permohonan.
2. Siapakah yang untuk memohon Program Bantuan ini?
Program Bantuan ini dibuka kepada semua pemegang sijil yang dikuatkuasa oleh PruBSN yang terjejas dari segi kewangan oleh COVID-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan (MCO). Ini termasuk pemegang sijil yang dikuarantin di rumah atau mengalami kehilangan pendapatan dari kerja atau perniagaan disebabkan oleh MCO dan kejejasan ekonomi sepanjang pandemik.
3. Bilakah tarikh kuatkuasa bagi Program Bantuan ini?
Program Bantuan ini akan berkuatkuasa dari 1 April 2020 hingga 31 Disember 2020 (termasuk kedua-dua tarikh). Penangguhan pembayaran sumbangan, sekiranya diluluskan oleh Prudential adalah sehingga 3 bulan maksimum dari tarikh kelulusan.
Sebagai contoh:
Permohonan Penangguhan Bayaran yang dikemukakan pada Mei 2020.
Permohonan Penangguhan Bayaran yang diluluskan dan dimulakan pada 1 Jun 2020.
Tempoh penangguhan berakhir pada 31 Ogos 2020.
4. Bagaimana untuk memohon?
Pemegang polisi pemegang sijil PruBSN boleh mengemukakan permohonan
mereka dengan menghantar dokumen berikut melalui customer@prubsn.com.my dengan perkara:
PERMOHONAN PENANGGUHAN PEMBAYARAN: SIJIL XXXXXXXX
Surat Doktor mengesahkan jangkitan COVID-19 (jika pemegang sijil dijangkiti),
Surat Pengurangan Gaji / Surat Penamatan Gaji Majikan, atau
Surat Penutupan bagi perkhidmatan bukan penting oleh Pemilik Perniagaan, atau
Bukti atau dokumen lain yang relevan, jika ada (contohnya: notis penutupan pusat penjaja)
5. Perkara yang perlu diketahui mengenai penangguhan pembayaran sumbangan.
Ini bukan penepian sumbangan.
Tiada faedah pembayaran lewat atau caj pentadbiran yang dikenakan untuk sijil Takaful sepanjang tempoh penangguhan.
Sekiranya permohonan anda diluluskan, perlindungan sijil anda akan berkuatkuasa semasa tempoh penangguhan.
Apabila tempoh penangguhan berakhir, kewajipan pemegang sijil untuk membayar premium sumbangan akan disambung semula. Sila rujuk pada sijil Takaful untuk memahami impak sekiranya anda tidak membayar sumbangan.
Hantarkan Dokumen Kepada :
customer@prubsn.com.my
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami, Isnin - Jumaat: 03 - 0320537188
© Hak cipta Prudential BSN Takaful Berhad (740651-H). Semua hak cipta terpelihara.