Majlis ini adalah bertujuan untuk mengutip dana dan sumbangan dari orang ramai & ejen-ejen Madinah Group sendiri untuk disalurkan kepada anak-anak yatim & asnaf.Kami telah membawa anak-anak ini membeli belah baju raya,melawat Aquaria,memberikan cenderahati,duit raya & berbuka bersama-sama.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar & jelas kegembiraan terpancar di wajah anak-anak ini.InsyaAllah program-program amal seperti ni akan kami teruskan dari masa ke semasa,sebagai cara kami menjalankan tanggunjawab sosial kepada masyarakat.Sesuai dengan tagline kami 'Place to succeed...' ,kami bukan sahaja hanya mengejar jualan semata-mata,tetapi seimbangkan antara kejayaan dunia dan kejayaan akhirat.InsyaAllah...