Antara punca menyebabkan kenaikan ini adalah :
1. Kos perubatan di hospital meningkat kerana :
A)Teknologi perubatan yang semakin canggih & pembelian alatan & ubatan import meningkatkan lagi kos rawatan ditambah dengan kadar ringgit yang rendah.
B) Peningkatan penyakit dikalangan pelanggan kerana gaya hidup yang tidak sihat,stress dan diet pemakanan tidak sihat menyebabkan lebih ramai memerlukan perkhidmatan kesihatan.
C) Jangka hayat pelanggan yang semakin panjang.Ini menyebabkan perkhidmatan kesihatan yang semakin panjang juga diperlukan.
2. Kenaikan yuran profesional para doktor yang dicaj kepada pesakit seperti yang telah diluluskan oleh Majlis Pengamal Perubatan Malaysia.
Oleh kerana 2 punca utama ini telah menyebab Tabung Tabarru' untuk membayar tuntutan perubatan telah terjejas melebihi jangkaan syarikat maka telah berlaku pembayaran yg lebih tinggi dari kiraan,sedangkan kadar sumbangan para pelanggan masih kekal.
Oleh yang demikian, pihak syarikat tiada cara lain terpaksa menyemak kadar sumbangan baru bagi menyesuaikan dengan nilai tuntutan semasa agar Tabung Tabarru dapat bertahan untuk membayar tuntutan perubatan semasa dan akan datang.
Syarikat faham mungkin tuan/puan tertanya kenapa terlibat dengan kenaikan ini sedangkan tidak pernah membuat tuntutan. Ya memang benar persoalan itu kalau ikut logiknya tetapi perlu difahami kita menyertai Pelan Takaful adalah berkongsi risiko untung rugi secara bersama.
Sebagai contoh mudah kita baru sertai pelan takaful selama 2 tahun dengan jumlah sumbangan RM200 sebulan X 24 bulan = RM4,800 jumlah caruman secara kasarnya.
Ditakdirkan diuji dengan penyakit dan dirawat dengan kos bil hospital RM10,000 dan dibayar oleh Tabung Tabarru' RM10,000 kepada hospital. Persoalannya, dari manakah RM10,000 tadi sedangkan kita baru mencarum RM4,800? Maknanya RM5,200 itu datangnya dari Tabung Tabarru' yang dikutip dari semua peserta takaful.
Mungkin hari ini kita carum kita tak guna tapi orang lain yang guna, satu masa nanti mungkin giliran kita pula guna.
Oleh sebab itu setiap tuntutan diteliti dengan cermat oleh Prubsn Takaful & Prudential Malaysia supaya setiap tuntutan yang dibayar adalah kes tuntutan yang tulin dan tiada manipulasi pihak tak bertanggungjawab.
Sebagai syarikat insurans dan pengendali Takaful yang bertanggungjawab, syarikat selalu mengambil langkah-langkah Proaktif yang kerap untuk menyemak pelan perubatan kami terhadap keadaan pasaran seperti inflasi perubatan dan kenaikan Kos Penjagaan kesihatan, untuk memastikan bahawa pelanggan kami dapat terus menikmati perlindungan dari polisi/sijil mereka dalam masa panjang.Kebiasaannya setiap 3-5 tahun,caruman perlu disemak semula sejajr dengan keadaan semasa.
Cuba kita lihat harini , apakah barangan yang kita mampu beli dengan RM100 berbanding 5 tahun lepas je. Dari situ kita dapat memahami keadaan kenaikan ini.
Sebagai info tambahan,antara sebab pengiraan semula perlu dilakukan,ada kaitan dengan syarat baru yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada Julai 2019.Semua syarikat insurans & takaful perlu memastikan produk-produk insurans / takaful investment link mereka mengenakan “Minimum Allocation Rates” atau MAR sebanyak 60% dengan tujuan supaya polisi berkenaan boleh bertahan lebih lama berbanding sebelum ini.Syarikat perlu memastikan caruman dan nilai tunai boleh bertahan sehingga tamat tempoh polisi.Oleh yang demikian,polisi atau pelan-pelan lama yang dimiliki pelanggan sebelum syarat baru ini akan dikira semula (repricing)untuk memastikan syarat Bank Negara Malaysia dipenuhi.
rujukan:
https://ringgitplus.com/en/blog/insurance/what-you-need-to-know-about-the-new-regulations-on-investment-linked-insurance.html )
https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_announcement&pg=en_announcement&ac=720&lang=en
Untuk makluman,pengiraan semula hanya melibatkan peserta yang mengambil pelan Kad Perubatan sahaja. Jika pelan yang diambil tiada manfaat kad perubatan maka tiada sebarang kenaikan setakat ini.Bukan sahaja syarikat Prubsn Takaful & Prudential Malaysia sahaja yang terkesan,tapi kebanyakan syarikat lain juga akan mengambil langkah yang sama.Samaada cepat atau lambat sahaja.
Berdasarkan semakan baru-baru ini, kami akan menyemak caj insurans/potongan tabarru' untuk beberapa pelan perubatan kami. Semakan ini akan berkuatkuasa mulai 01 OKT 2020 / 01 DEC 2020 dan seterusnya.
Semakan Perubatan Berkuatkuasa Bermula
01 OKT 2020
PRUDENTIAL ASSURANCE M BHD
• PRUHealth (PHL)
• PRUFlexi Med (PFM)
• PRUValue Med (PVM)
PRUBSN TAKAFUL BHD
• HealthEnrich+ (HE+)
• HealthEnrich (HE)
1 DEC 2020
PRUDENTIAL ASSURANCE M BHD
• PRUMajor Med (PMM) series (ILP)
PRUBSN TAKAFUL BHD
• Takaful Health2 (TH2)
• Takaful Health (TH)
• Major Medical Cover2 (MMC2)
• Major Medical Cover (MMC)
Semakan semula caj insurans / potongan tabarru` akan berkuatkuasa pada tarikh ulang tahun polisi/sijil, dan premium/sumbangan akan meningkat dengan sewajarnya untuk menampung kenaikan/potongan tambahan.
Pelanggan yang terjejas akan diberitahu melalui e-komunikasi atau surat fizikal mulai 20 Ogos 2020 dan seterusnya berdasarkan tarikh ulang tahun polisi/sijil mereka. Cadangan perniagaan baru/endorsan untuk PRUHealth dan PRU Value Med yang diserah mulai 1 Oktober 2020 adalah tertakluk pada kadar baru.
Kami memahami kesukaran yang mungkin dihadapi oleh pelanggan kami pada tahun 2020 disebabkan oleh pandemik Covid-19. Oleh itu, kami akan mengkreditkan semula kenaikan caj / tabarru` tambahan yang dipotong untuk tahun 2020 kepada nilai akaun pelanggan kami. Pada masa yang sama, amaun premium / sumbangan akan dikekalkan untuk tahun 2020 dan premium / sumbangan baru (jika berkenaan) hanya akan berkuatkuasa mulai tahun 2021 dan seterusnya.
Harap maklum bahawa pertimbangan khas ini hanya untuk polisi/sijil dengan semakan berkuatkuasa pada tahun 2020. Untuk polisi/sijil yang akan disemak pada tahun 2021, caj insurans/potongan tabarru` dan premium/sumbangan baru akan berkuat kuasa dari ulang tahun polisi/sijil.
Oleh yang demikian kami ejen memohon jutaan kemaafan sekali lagi atas apa yang berlaku.Kami sebagai ejen juga adalah pelanggan & polisi kami & keluarga juga tidak terkecuali dalam semakan semula ini.Kami dengan sedaya upaya cuba untuk memberikan yang terbaik untuk semua pihak.Bidang kuasa kami sebagai ejen terhad untuk konsultasi plan dan tuntutan sahaja.Tidak lebih dari itu.
Jika terdapat pertikaian atau ketidakpuasan hati,mohon para pelanggan yang dihargai terus ajukan komen ke Prubsn Takaful atau Prudential Malaysia atau ajukan keluhan ke Ombudsman Malaysia.
Pertanyaan dari pelanggan Prubsn Takaful https://www.prubsn.com.my/en/campaigns-announcements/notice-of-medical-plan-revision-2020/
Pertanyaan dari pelanggan Prudential Assurance Malaysia
https://www.prudential.com.my/en/our-company/general-info/medical-plan-revision/
Sekian, Terima kasih.
Mohd Azmi
Perunding Takaful
- www.Azmitakaful.Com -
Takaful Dahulu,Baru Tawakal