AZMITAKAFUL
WWW.AZMITAKAFUL.COM
'Takaful Dahulu...Baru Tawakal..'
  • Produk PruBSN Takaful Paling Hot!
  • Prubsn Setia & Prubsn Impian 2021- NEW!
  • Prubsn Anugerah Plus 2021- NEW!
  • Prubsn Warisan Plus 2021 - NEW!
  • Hibah Takaful
  • Medical Card Prubsn Takaful
  • Blog Prudential BSN Takaful
  • Sembang Takaful - Video
  • Hubungi Saya
  • Apa Insurans | Takaful | Kad Perubatan
  • Jawatan kosong | Kerjaya | Karier
    • Kenapa Pilih Prudential | PruBSN Takaful
    • Kepentingan Takaful & Insurans
  • Tuntutan | Testimoni
  • Penyakit Kritikal | Penyakit Spesifik
  • Sejarah Prudential & Prudential BSN Takaful
  • Kamus | Terma | Bahasa Insurans
  • Cara Bayaran Sijil Takaful online
  • FAQ
  • Insurans Am & Takaful Am [Perbaharui insurans kenderaan anda]
  • Kenaikan Insurans & Takaful 2020 (repricing)

Prudential Bsn Takaful Terbaik 2021

Azmi
012 - 729 2141

Wakil Dan Ejen Sepenuh Masa Bagi Syarikat Prudential BSN Takaful Sejak Tahun 2010.Dapatkan Nasihat Dari Saya secara PERCUMA!!

Klik Utk Info Produk Terkini

Hibah dalam Plan Takaful

5/16/2014

5 Comments

 
HIBAH secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara suka rela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan ('iwad).

Hibah adalah diharuskan sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 177 surah al-Baqarah.

Selain itu, terdapat hadis berkaitan urusan hibah ini. Sabda Rasulullah SAW: Berilah hadiah, kamu akan berkasih sayang. (riwayat al-Bukhari)

Pun begitu, apabila seseorang telah menghibahkan hartanya kepada individu yang lain, dia tidak boleh menarik semula atau membatalkan hibah tersebut kecuali dalam situasi seorang bapa menghibahkan harta kepada anaknya atau datuk kepada cucunya.

Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang mengambil balik hibahnya seperti orang yang menjilat kembali muntahnya". (riwayat Al-Nasa'i)

Sabda Baginda SAW lagi: "Seseorang tidak boleh meminta balik hibahnya melainkan hibah bapa terhadap anaknya". (riwayat Al-Nasa'i)

Setiap kontrak dalam Islam mempunyai rukun-rukun dan syarat-syarat yang mesti dipatuhi, begitu juga dengan hibah.

Akad hibah tidak akan wujud melainkan setelah rukun-rukun dan syarat-syaratnya dipenuhi.

Rukun-rukun bagi hibah ialah pemberi hibah (al-wahib), penerima hibah (al-mauhub lahu), benda yang dihibahkan (al-mauhub) dan sighah (penawaran dan penerimaan atau ijab dan qabul).

Syarat-syarat sah pemberi ialah pemberi merupakan pemilik yang sah ke atas harta yang ingin dihibahkan, tidak dihalang oleh sesuatu perkara.

Pemberi juga merupakan seorang yang telah baligh dan hibah atau pemberian yang dibuat perlulah dibuat secara suka rela dan tanpa paksaan. Jika pemberi dipaksa untuk menghibah atau menghadiahkan hartanya kepada orang lain, secara automatik hibah tersebut adalah terbatal.

Selain itu, syarat-syarat penerima pula ialah penerima perlu wujud semasa proses hibah atau kontrak dijalankan. Syarat-syarat bagi barang yang ingin dihibahkan ialah ia mesti wujud semasa berlakunya akad hibah, halal, mempunyai nilai dan dimiliki oleh pemberi hibah.

Penerima hibah tidak boleh menghibahkan barang yang menjadi milik orang lain. Contohnya; Ali menghibahkan pen Ahmad kepada Abu. Hibah tersebut adalah tidak sah kerana pen tersebut adalah dimiliki oleh Ahmad dan bukan kepunyaan Ali.

Apabila sesuatu akad hibah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syaratnya serta berlaku penyerahan dan pemberian barang itu (al-qabd), maka harta itu menjadi milik si penerima hibah. Jika al-qabd tidak berlaku, maka akad hibah tidak sah dan pemberi hibah berhak menarik balik hibah itu selama mana harta masih berada dalam miliknya.

Hibah diadaptasi sebagai konsep tambahan kepada produk-produk Takaful dan diamalkan oleh kebanyakan pengendali takaful seperti produk Pelan Pendidikan oleh Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Pembayar sumbangan

Produk ini hanya ditawarkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak di mana ibu atau bapa akan bertindak sebagai pembayar sumbangan (pemberi hibah) dan anaknya merupakan peserta takaful (penerima hibah). Hibah seperti ini diharuskan kerana semua rukun dan syarat dapat dipenuhi.

Selain itu, pengendali Takaful melalui pengurusan Tabung Tabarruk akan menghibahkan sesuatu kepada peserta sebagai ganjaran di atas kejayaan tertentu yang dicapai oleh peserta. Hibah jenis ini juga jelas dan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip syarak kerana semua rukun dan syarat dapat dipenuhi.

Berkaitan hibah manfaat Takaful kepada penama yang dinamakan di dalam borang penerima manfaat, para ilmuwan berselisih pendapat berkaitan beberapa isu yang ditimbulkan daripada amalan ini.

Antaranya adalah hibah seharusnya dilakukan semasa hidup, akan tetapi hibah manfaat Takaful akan hanya berkuatkuasa setelah peserta Takaful meninggal dunia.

Status manfaat Takaful juga masih dipertikaikan sama ada ia adalah harta si mati atau tidak. Jika ia adalah harta, adakah ia perlu dibahagi-bahagikan kepada ahli waris mengikut hukum faraid atau hibah yang dibuat itu sudah memadai untuk dilaksanakan.

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mesyuaratnya yang ke 34 bertarikh 21 April 2003 / 19 Safar 1424, telah membuat keputusan mengenai aplikasi konsep hibah bagi pembahagian manfaat Takaful:

1. Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariah;

2. Status hibah yang digunakan dalam pelan takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis hibah yang digunakan ialah hibah bersyarat di mana hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa yang tertentu.

Dalam konteks Takaful, manfaat Takaful dikaitkan dengan kematian peserta dan tempoh matang sijil. Jika peserta masih hidup semasa tempoh matang sijil, manfaat Takaful akan dimiliki oleh peserta. Akan tetapi, jika peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, maka hibah akan berkuatkuasa;

3. Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat sebelum tempoh matang sijil, kerana hibah bersyarat hanya sempurna selepas berlakunya penyerahan (qabdh);

4. Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat kepada seseorang individu dan menyerahkan barang yang ingin dihibahkan itu kepada orang lain atau membatalkan penyertaan dalam Takaful, jika penerimanya mati sebelum tempoh matang; dan

5. Borang penamaan Takaful perlu diselaras dan dinyatakan dengan jelas status penama sama ada sebagai benefisiari atau pemegang amanah (wasi). Sebarang masalah berkaitan pembahagian manfaat Takaful mestilah dirujuk kepada kontrak yang telah dimeterai.

Bagi produk-produk Takaful Keluarga yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas, pihak syarikat menyediakan borang cadangan hibah untuk peserta sekiranya mereka bercadang menghibahkan manfaat Takafulnya setelah berlaku kematian peserta.

Namun begitu, nama yang dicadang perlulah terdiri sama ada ibu bapa, pasangan yang sah, anak dan adik-beradik.

Walaupun hibah secara asasnya boleh diberi kepada sesiapa sahaja, namun, bagi menjaga dan memelihara kebajikan waris terdekat, pihak syarikat mengkhususkan kategori individu yang ingin dicadangkan sebagai penerima hibah.

Kesan daripada penggunaan akad hibah ialah harta yang telah dihibah terkeluar daripada harta pusaka dan tidak tertakluk kepada pembahagian harta pusaka atau faraid. Selain itu, harta tersebut tidak boleh dituntut oleh ahli waris yang lain.

Melihat kepada keperluan semasa, seharusnya lebih banyak produk yang berasaskan konsep hibah dihasilkan. Ia bagi menjadikan produk-produk tersebut lebih kompetitif dan mampu menandingi produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat insurans konvensional.

Justeru, para pengendali Takaful seharusnya mempergiatkan usaha penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan produk-produk yang bukan hanya kompetitif.

Apa yang paling penting, ia mestilah selaras serta selari dengan prinsip-prinsip yang digariskan oleh syariah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0930&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm#ixzz31DTH1MFJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
5 Comments
Ichahaha
7/14/2016 02:14:45 pm

Salam ,
Mcm mna nk join hibah ni ?

Reply
Azmi Takaful
7/14/2016 02:15:59 pm

nak tau?jom wassap 0127292141

Reply
Muhammad Bin Md Yazed
9/29/2016 12:44:28 am

RM80 boleh buat hibah RM200,000 tak?

dengan syarat :
1. basic rm200,000 tanpa riders
2. dalam borang hibah adalah "hibah bersyarat"
3. tak perlu medical check up
4. cash value tidak menurun.

Reply
Nor Hazwani Hamdan
5/5/2018 05:01:18 pm

isteri menyuruh suami utk mbuat hibah ke ats dirinya disebabkn ats kesusahan suami mberi nafkah berupa wang tunai stp bulan kpd isteri mengikut kemampuan suami ats sbb isteri bkerja atau bgaji besar drpd suami..maka menukarkn bentuk nafkah tersebut dgn melanggani produk hibah pru bsn takaful

Reply
Munir
2/21/2020 08:12:24 pm

Salam. Sy nk bertanya.
Bagaimana jika penerima hibah itu adelah seorg agent(adik kpd si mati). Agent tersebut tidak menerang kn selengkapnya tentang hibah pada simati semasa hayatnya. Memandangkan agent adelah adik simati, maka agent tersebut meletakkan nama nye sbg penerima hibah dan minta abg nya utk sign borang sahaja. Manakala simati tidak diberitahu tentang hibah dan cuma sign borang kerana percaya pada adik ya sbg agent. Bole kah ini dianggap sbg satu penipuan dan melanggar prinsip sbg seorg agent. Sekian

Reply



Leave a Reply.

    ADMIN

    MOHD AZMI
    (Ejen Sepenuh Masa Sejak 2010) 012 729 2141
    azmiprupartner@yahoo.com


    Penasihat Insurans & takaful dan wakil Prudential Assurance Malaysia Bhd & Prudential BSN Takaful Bhd


    Picture
    Klik Utk Wassap
    Picture

    VIDEO TESTIMONI

    VIDEO KAD PERUBATAN

    VIDEO MENJADI EJEN

    JAWATAN KOSONG
    EJEN DIPERLUKAN SEGERA!!

    Picture
    Kepada pengunjung & client,jika anda rasa blog ini memberi manfaat & informasi ..sila LIKE blog ini & FB FANPAGE jugak ye!! TQ

    Komen di sini

    Archives

    January 2021
    December 2020
    November 2020
    June 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    July 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    March 2017
    December 2016
    September 2016
    June 2016
    May 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012

    Categories

    All
    Ajen Prudential
    Cover Denggi
    Critical Illnesses
    Damansara Specialist
    Insuran
    Insuran Nyawa
    Insuran Prudential
    Kad Perubatan
    Life Insuran
    Medical Card Prudential
    Medical Card Takaful
    Meical Reimbursement Basis
    Menjadi Ejen Insuran
    Penyakit Kritikal
    Penyakit Spesifik
    Prudential Agent
    Prudential Assurance Malaysia Bhd
    Prudential Bangkok Challenge
    Prudential Bsn Bhd
    Prudential Challenge
    Prudential Claim
    Prudential Insurance
    Prudential Malaysia
    Prufleximed
    Pruhealth
    Prulife Ready
    Prulink
    Specific Illnesses

    RSS Feed

    My title
    Disclaimer/Penafian
    laman web/blog ini bukanlah web/blog rasmi PruBSN Takaful atau Prudential Assurance Malaysia Bhd.Ia adalah merupakan web/blog milik ejen atau wakil syarikat tersebut.Segala penerangan di dalam web/blog ini adalah secara ringkas & pendapat peribadi dan bukan dari dokumen sijil.Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan ejen sah untuk penerangan lebih terperinci.Saya dan syarikat PruBSN dan Prudential Assurance tidak bertanggungjawab atas salah faham tentang isi kandungan web/blog ini.Sila rujuk lawan web rasmi prubsntakaful.com.my  & prudential.com.my untuk maklumat lebih jelas.

Powered by Create your own unique website with customizable templates.