KENAIKAN CARUMAN INSURANS TAKAFUL KESIHATAN 2020 ( MEDICAL INSURANCE TAKAFUL REPRICING 2020 )12/3/2020 Assalamualaikum kepada semua pelanggan Prubsn Takaful & Prudential Malaysia umumnya dan pelanggan Azmitakaful.com khasnya.Dikala negara dilanda wabak pandemik covid-19,semakin ramai orang tergerak hati untuk memiliki insurans atau takaful.Walaupun begitu,ada juga berita kurang enak didengar oleh pelanggan-pelanggan sedia ada.Baru-baru ini mereka telah mendapat notis kenaikan harga atau repricing polisi masing-masing yang mempunyai manfaat kad perubatan (medical card). Antara punca menyebabkan kenaikan ini adalah : 1. Kos perubatan di hospital meningkat kerana : A)Teknologi perubatan yang semakin canggih & pembelian alatan & ubatan import meningkatkan lagi kos rawatan ditambah dengan kadar ringgit yang rendah. B) Peningkatan penyakit dikalangan pelanggan kerana gaya hidup yang tidak sihat,stress dan diet pemakanan tidak sihat menyebabkan lebih ramai memerlukan perkhidmatan kesihatan. C) Jangka hayat pelanggan yang semakin panjang.Ini menyebabkan perkhidmatan kesihatan yang semakin panjang juga diperlukan. 2. Kenaikan yuran profesional para doktor yang dicaj kepada pesakit seperti yang telah diluluskan oleh Majlis Pengamal Perubatan Malaysia. Oleh kerana 2 punca utama ini telah menyebab Tabung Tabarru' untuk membayar tuntutan perubatan telah terjejas melebihi jangkaan syarikat maka telah berlaku pembayaran yg lebih tinggi dari kiraan,sedangkan kadar sumbangan para pelanggan masih kekal. Oleh yang demikian, pihak syarikat tiada cara lain terpaksa menyemak kadar sumbangan baru bagi menyesuaikan dengan nilai tuntutan semasa agar Tabung Tabarru dapat bertahan untuk membayar tuntutan perubatan semasa dan akan datang. Syarikat faham mungkin tuan/puan tertanya kenapa terlibat dengan kenaikan ini sedangkan tidak pernah membuat tuntutan. Ya memang benar persoalan itu kalau ikut logiknya tetapi perlu difahami kita menyertai Pelan Takaful adalah berkongsi risiko untung rugi secara bersama. Sebagai contoh mudah kita baru sertai pelan takaful selama 2 tahun dengan jumlah sumbangan RM200 sebulan X 24 bulan = RM4,800 jumlah caruman secara kasarnya. Ditakdirkan diuji dengan penyakit dan dirawat dengan kos bil hospital RM10,000 dan dibayar oleh Tabung Tabarru' RM10,000 kepada hospital. Persoalannya, dari manakah RM10,000 tadi sedangkan kita baru mencarum RM4,800? Maknanya RM5,200 itu datangnya dari Tabung Tabarru' yang dikutip dari semua peserta takaful. Mungkin hari ini kita carum kita tak guna tapi orang lain yang guna, satu masa nanti mungkin giliran kita pula guna. Oleh sebab itu setiap tuntutan diteliti dengan cermat oleh Prubsn Takaful & Prudential Malaysia supaya setiap tuntutan yang dibayar adalah kes tuntutan yang tulin dan tiada manipulasi pihak tak bertanggungjawab. Sebagai syarikat insurans dan pengendali Takaful yang bertanggungjawab, syarikat selalu mengambil langkah-langkah Proaktif yang kerap untuk menyemak pelan perubatan kami terhadap keadaan pasaran seperti inflasi perubatan dan kenaikan Kos Penjagaan kesihatan, untuk memastikan bahawa pelanggan kami dapat terus menikmati perlindungan dari polisi/sijil mereka dalam masa panjang.Kebiasaannya setiap 3-5 tahun,caruman perlu disemak semula sejajr dengan keadaan semasa. Cuba kita lihat harini , apakah barangan yang kita mampu beli dengan RM100 berbanding 5 tahun lepas je. Dari situ kita dapat memahami keadaan kenaikan ini. Sebagai info tambahan,antara sebab pengiraan semula perlu dilakukan,ada kaitan dengan syarat baru yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada Julai 2019.Semua syarikat insurans & takaful perlu memastikan produk-produk insurans / takaful investment link mereka mengenakan “Minimum Allocation Rates” atau MAR sebanyak 60% dengan tujuan supaya polisi berkenaan boleh bertahan lebih lama berbanding sebelum ini.Syarikat perlu memastikan caruman dan nilai tunai boleh bertahan sehingga tamat tempoh polisi.Oleh yang demikian,polisi atau pelan-pelan lama yang dimiliki pelanggan sebelum syarat baru ini akan dikira semula (repricing)untuk memastikan syarat Bank Negara Malaysia dipenuhi. rujukan: https://ringgitplus.com/en/blog/insurance/what-you-need-to-know-about-the-new-regulations-on-investment-linked-insurance.html ) https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_announcement&pg=en_announcement&ac=720&lang=en Untuk makluman,pengiraan semula hanya melibatkan peserta yang mengambil pelan Kad Perubatan sahaja. Jika pelan yang diambil tiada manfaat kad perubatan maka tiada sebarang kenaikan setakat ini.Bukan sahaja syarikat Prubsn Takaful & Prudential Malaysia sahaja yang terkesan,tapi kebanyakan syarikat lain juga akan mengambil langkah yang sama.Samaada cepat atau lambat sahaja. Berdasarkan semakan baru-baru ini, kami akan menyemak caj insurans/potongan tabarru' untuk beberapa pelan perubatan kami. Semakan ini akan berkuatkuasa mulai 01 OKT 2020 / 01 DEC 2020 dan seterusnya. Semakan Perubatan Berkuatkuasa Bermula 01 OKT 2020 PRUDENTIAL ASSURANCE M BHD • PRUHealth (PHL) • PRUFlexi Med (PFM) • PRUValue Med (PVM) PRUBSN TAKAFUL BHD • HealthEnrich+ (HE+) • HealthEnrich (HE) 1 DEC 2020 PRUDENTIAL ASSURANCE M BHD • PRUMajor Med (PMM) series (ILP) PRUBSN TAKAFUL BHD • Takaful Health2 (TH2) • Takaful Health (TH) • Major Medical Cover2 (MMC2) • Major Medical Cover (MMC) Semakan semula caj insurans / potongan tabarru` akan berkuatkuasa pada tarikh ulang tahun polisi/sijil, dan premium/sumbangan akan meningkat dengan sewajarnya untuk menampung kenaikan/potongan tambahan. Pelanggan yang terjejas akan diberitahu melalui e-komunikasi atau surat fizikal mulai 20 Ogos 2020 dan seterusnya berdasarkan tarikh ulang tahun polisi/sijil mereka. Cadangan perniagaan baru/endorsan untuk PRUHealth dan PRU Value Med yang diserah mulai 1 Oktober 2020 adalah tertakluk pada kadar baru. Kami memahami kesukaran yang mungkin dihadapi oleh pelanggan kami pada tahun 2020 disebabkan oleh pandemik Covid-19. Oleh itu, kami akan mengkreditkan semula kenaikan caj / tabarru` tambahan yang dipotong untuk tahun 2020 kepada nilai akaun pelanggan kami. Pada masa yang sama, amaun premium / sumbangan akan dikekalkan untuk tahun 2020 dan premium / sumbangan baru (jika berkenaan) hanya akan berkuatkuasa mulai tahun 2021 dan seterusnya. Harap maklum bahawa pertimbangan khas ini hanya untuk polisi/sijil dengan semakan berkuatkuasa pada tahun 2020. Untuk polisi/sijil yang akan disemak pada tahun 2021, caj insurans/potongan tabarru` dan premium/sumbangan baru akan berkuat kuasa dari ulang tahun polisi/sijil. Oleh yang demikian kami ejen memohon jutaan kemaafan sekali lagi atas apa yang berlaku.Kami sebagai ejen juga adalah pelanggan & polisi kami & keluarga juga tidak terkecuali dalam semakan semula ini.Kami dengan sedaya upaya cuba untuk memberikan yang terbaik untuk semua pihak.Bidang kuasa kami sebagai ejen terhad untuk konsultasi plan dan tuntutan sahaja.Tidak lebih dari itu. Jika terdapat pertikaian atau ketidakpuasan hati,mohon para pelanggan yang dihargai terus ajukan komen ke Prubsn Takaful atau Prudential Malaysia atau ajukan keluhan ke Ombudsman Malaysia. Pertanyaan dari pelanggan Prubsn Takaful https://www.prubsn.com.my/en/campaigns-announcements/notice-of-medical-plan-revision-2020/ Pertanyaan dari pelanggan Prudential Assurance Malaysia https://www.prudential.com.my/en/our-company/general-info/medical-plan-revision/ Sekian, Terima kasih. Mohd Azmi Perunding Takaful - www.Azmitakaful.Com - Takaful Dahulu,Baru Tawakal MAKLUMAN REPRICING DARI PORTAL-PORTAL KEWANGANSYRIKAT-SYARIKAT LAIN YANG TURUT MELAKUKAN PENGIRAAN SEMULA (REPRICING)Pecahan claim atau tuntutan yang telah dibayar kepada pelanggan...terbaik warga Prusbn Takaful & warga ejen yang membantu melancarkan proses tuntutan.
www.azmitakaful.com "Takaful Dahulu,Baru Tawakal" BANTUAN SUBSIDI SARINGAN COVID-19 UNTUK PEMEGANG INSURANS @ TAKAFUL KESIHATANhttps://myctf.my/faq.htmlPUTRAJAYA: : Rakyat Malaysia yang mempunyai polisi insurans dan takaful serta berkemampuan kini boleh menjalani ujian saringan COVID-19 di mana-mana fasiliti perubatan swasta negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bagi industri insurans dan takaful menanggung kos ujian penyaringan itu semestinya meringankan beban Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). "Jadi kita mengharapkan mereka yang ada insurans dan berkemampuan boleh menjalankan ujian tersebut di pihak swasta," katanya mengulas pertanyaan berhubung Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan Perdana Menteri petang tadi. Melalui pakej itu, pihak industri insurans dan takaful mewujudkan dana khas berjumlah RM8 juta untuk menanggung kos ujian penyaringan sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan yang diarahkan KKM untuk menjalani ujian di fasiliti perubatan swasta. Dr Noor Hisham juga berkata, elaun khas yang diberikan kepada doktor dan jururawat merupakan satu bentuk penghargaan daripada kerajaan atas kerja keras mereka sejak empat bulan lepas. "Mereka telah menyumbang tenaga, mengorbankan keluarga dan masa bagi memastikan mereka melakukan tugasan yang terbaik. "Para petugas terbabit telah bekerja tanpa mengira masa sejak empat lepas. Bukan sebulan tetapi empat bulan kerana kami bermula awal," katanya. Perdana Menteri hari ini mengumumkan bahawa sebagai menghargai pengorbanan para doktor, jururawat dan petugas kesihatan, kerajaan akan menaikkan elaun khas mereka daripada RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 April sehingga situasi COVID-19 pulih. Menjawab soalan berkaitan kit ujian pantas (RTK) yang dikeluarkan China, Dr Noor Hisham, berkata hasil ujian daripada alat tersebut adalah tidak tepat. Beliau berkata, KKM juga sedang meneliti RTK yang dihasilkan di Korea. "Jika ia berjaya dan ketepatan serta sensitivitinya adalah amat tinggi, maka kita akan membelinya sebanyak 200,000 unit namun jika ketepatannya tidak begitu baik, maka kita tidak akan meneruskan pembelian kit itu," katanya. - BERNAMA PROGRAM BANTUAN COVID-19:
Penangguhan Bayaran Sumbangan 1. Apakah penangguhan pembayaran sumbangan di bawah Program Bantuan ini? Program Bantuan ini adalah untuk memberikan pemegang sijil yang layak untuk menangguh pembayaran sumbangan untuk sijil Takaful mereka selama 3 bulan. Semasa tempoh penangguhan ini, kami akan terus menyediakan perlindungan Takaful. Program penangguhan sumbangan ini BUKAN secara automatik. Oleh itu, pemegang sijil mesti menghubungi syarikat pengendali Takaful untuk membuat permohonan. 2. Siapakah yang untuk memohon Program Bantuan ini? Program Bantuan ini dibuka kepada semua pemegang sijil yang dikuatkuasa oleh PruBSN yang terjejas dari segi kewangan oleh COVID-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan (MCO). Ini termasuk pemegang sijil yang dikuarantin di rumah atau mengalami kehilangan pendapatan dari kerja atau perniagaan disebabkan oleh MCO dan kejejasan ekonomi sepanjang pandemik. 3. Bilakah tarikh kuatkuasa bagi Program Bantuan ini? Program Bantuan ini akan berkuatkuasa dari 1 April 2020 hingga 31 Disember 2020 (termasuk kedua-dua tarikh). Penangguhan pembayaran sumbangan, sekiranya diluluskan oleh Prudential adalah sehingga 3 bulan maksimum dari tarikh kelulusan. Sebagai contoh: Permohonan Penangguhan Bayaran yang dikemukakan pada Mei 2020. Permohonan Penangguhan Bayaran yang diluluskan dan dimulakan pada 1 Jun 2020. Tempoh penangguhan berakhir pada 31 Ogos 2020. 4. Bagaimana untuk memohon? Pemegang polisi pemegang sijil PruBSN boleh mengemukakan permohonan mereka dengan menghantar dokumen berikut melalui customer@prubsn.com.my dengan perkara: PERMOHONAN PENANGGUHAN PEMBAYARAN: SIJIL XXXXXXXX Surat Doktor mengesahkan jangkitan COVID-19 (jika pemegang sijil dijangkiti), Surat Pengurangan Gaji / Surat Penamatan Gaji Majikan, atau Surat Penutupan bagi perkhidmatan bukan penting oleh Pemilik Perniagaan, atau Bukti atau dokumen lain yang relevan, jika ada (contohnya: notis penutupan pusat penjaja) 5. Perkara yang perlu diketahui mengenai penangguhan pembayaran sumbangan. Ini bukan penepian sumbangan. Tiada faedah pembayaran lewat atau caj pentadbiran yang dikenakan untuk sijil Takaful sepanjang tempoh penangguhan. Sekiranya permohonan anda diluluskan, perlindungan sijil anda akan berkuatkuasa semasa tempoh penangguhan. Apabila tempoh penangguhan berakhir, kewajipan pemegang sijil untuk membayar premium sumbangan akan disambung semula. Sila rujuk pada sijil Takaful untuk memahami impak sekiranya anda tidak membayar sumbangan. Hantarkan Dokumen Kepada : customer@prubsn.com.my Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami, Isnin - Jumaat: 03 - 0320537188 © Hak cipta Prudential BSN Takaful Berhad (740651-H). Semua hak cipta terpelihara. Jom kita ambil iktibar dari konflik yang berlaku terhadap harta pusaka peninggalan arwah simati.Kita ambil contoh case study 1 & 2.Case 1 si mati tiada anak lelaki.Manakala case dua si mati ada anak lelak.Kesimpulannya jika golongan yang tiada anak lelaki,mereka perlu hibah takaful.Bukan itu sahaja,golongan yang tiada anak,ada anak angkat & ada anak tak sah taraf juga perlukan hibah takaful.Untuk perkiraan FARAID & maklumat hibah takaful,tekan je https://hi.jomwasap.my/hibahwarisan
#JomHibah #AzmiTakaful #PrubsnTakaful #HibahTakaful #Faraid #Pembahagianfaraid #Kirafaraid Apa status coronavirus?.Prubsn cover ke?.Kenapa ada medical card tapi tak boleh gun kat panel hospital?.Kenapa boleh dapat RM5K pulak jika kena coronavirus? - Jom dapatkan penjelasan dalam video ni. RM5000 UNTUK CLIENT YANG DIJANGKITI CORONAVIRUS.
\nYa ini betul...bukan cobaan!! \nDengan Perlindungan Khas Novel Coronavirus kami, pelanggan Prudential* layak menuntut bayaran sekaligus sebanyak RM5,000 selepas didiagnosis dengan jangkitan Novel Coronavirus 2019-nCOV oleh hospital-hospital yang dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. \nLayak untuk semua pemegang polisi/ sijil individu Jaminan Hayat/ Orang yang Dilindungi yang dikuatkuasa oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad dan/atau Prudential BSN Takaful Berhad (Kecuali Ahli Polisi/Sijil Berkumpulan) \nSah daripada 1 sehingga 29 Februari 2020. \n*Tertakluk pada terma dan syarat \nwww.azmitakaful.com \n#PruBSN #takaful #wedo #coronavirus #staysafe #protection #protectinglives #azmitakaful STATUS VIRUS CORONAVIRUS PRUBSN TAKAFUL COVER KE TAK?
Ada client tanya status berkenaan Novel Coronavirus ni cover tak untuk guna medical card?.Jawapannya COVER,tapi ada exclusion jika seseorang itu kena KUARANTIN. Tapi ada berita baik buat pemegang kad perubatan Prudential & Prubsn Takaful.Syarikat telah umumkan untuk waive exlcusion berkenaan KUARANTIN. Bahasa mudah faham,kad perubatan kami akan cover untuk rawatan jika terkena penyakit Novel Coronavirus ini termasuk KUARANTIN. Buat warga utusan yang diberhentikan dan mencari-peluang perniagaan,mungkin boleh cuba sertai kami.Jika berminat untuk jadi usahawan takaful,anda berpeluang menikmati pendapatan tetap bermula RM2k-RM10k.Hubungi saya segera untuk sesi temumesra.Mungkin ini adalah titik tolak untuk anda melangkah lebih jauh.
Klik Untuk Jadi Ejen MANFAAT USAHAWAN TAKAFUL ✓PELUANG MEMILIKI PERNIAGAAN BERJENAMA DAN BERJAYA.SEPERTI BIZ FRANCHAIS. ✓SISTEM OPERASI & PRODUK PERNIAGAAN TERSEDIA DARIPADA PRUDENTIAL. ✓LATIHAN & SOKONGAN DIBERIKAN PERCUMA. ✓RISIKO RENDAH. ✓MODAL PERMULAAN YANG SANGAT RENDAH HANYA RM300.(HANYA PERLU DAPATKAN LESEN DARIPADA LIAM & MTA. ✓KEMUDAHAN KEWANGAN (PENDAPATAN TETAP PERMULAAN BAGI USAHAWAN BARU ) RM2K - RM10K. ✓PERNIAGAAN INSURAN ADALAH SEPERTI PERNIAGAAN FRANCAIS CTH:KFC,MC DONALD.90% PERNIAGAAN FRANCAIS BERJAYA. ✓SISTEM KOMISEN MENARIK,2 KALI SEBULAN. ✓PENDAPATAN TIADA HAD. ✓BONUS 2 KALI SETAHUN. ✓PELUANG BERCUTI DITANGGUNG KE LUAR NEGARA PADA SETIAP TAHUN. ✓PELUANG KENAIKAN PANGKAT & MELUASKAN EMPAYAR PERNIAGAAN. ✓MASA KERJA FLEKSIBEL. Klik Utk Wassap-Respon Pantas Nak Jadi Ejen #prayforutusan here to edit. Penunggang motosikal adalah golongan yang paling berisiko di atas jalan raya.Lebih-lebih lagi jika anda bekerja sebagai penghantar makanan,despatch,pos laju dan lain-lain.Oleh itu,di sini saya perkenalkan takaful paling mampu milik yang anda boleh ambil.
Jom klik link jika berminat https://hi.jomwasap.my/Azmitakaful Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kes kemalangan pasangan suami isteri di laluan motosikal federal highway.Apa yang buat kita lagi sedih apabila mengetahui yang pasangan ini mempunyai 2 orang anak yang masih kecil.Saya sendiri bila dapat tahu hal ini,terus teringatkan anak-anak saya yang mungkin sebaya dengan anak-anak arwah.Apa nasib anak-anak kecil ini jika perkara yang sama berlaku kepada kita?.Untuk maklumat semua,statistik menunjukkan kemalangan pergi dan balik kerja meningkat dari tahun ke tahun. Jadi sebagai ibu bapa,seharusnya kita menyediakan pelan kontigensi secukupnya jika sesuatu berlaku kepada kita.Kami di PRUBSN TAKAFUL menyediakan solusi untuk permasalahan ini.Produk terkini iaitu PRUBSN warisan plus mungkin sesuai untuk wariskan sesuatu untuk orang yang kita sayang. Untuk pengetahuan semua,mangsa mempunyai sijil takaful dengan PruBSN Takaful.Marilah kita semua berdoa agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan dipermudahkan ejen arwah menguruskan claim arwah.
Semalam bersamaan 8 November 2018,seramai lebih kurang 4000++ ejen berkumpul di HQ Prudential Jln Sultan Ismail melakukan perhimpunan aman membantah pemotongan komisen,bonus dan beberapa perkara lain yang dianggap tidak adil bagi ejen-ejen di bawahnya. Perhimpunan yang dianjurkan oleh PRULIA (Prudential Life Insurance Agents) sebuah persatuan ejen bertujuan untuk menunjukkan solidariti dalam membela nasib seluruh ejen Prudential di Malaysia yang menjangkau 20,000 orang. Antara lain,tujuan perhimpunan adalah untuk mendesak CEO Prudential Mr,Gan Leong Hin untuk berundur kerana terlalu sombong dalam mendengar rintihan para ejen,sedangkan selama ini ejen adalah orang-orang penting dalam membangunkan Prudential sehingga syarikat mencapai ke tahap sekarang.Setelah beberapa kali perbincangan diadakan masih tiada kata putus,maka perhimpunan ini adalah cara terakhir bagi menunjukkan bantahan. Kepada para pelanggan dan orang ramai,dinasihatkan supaya janganlah percaya bahawa dakwaan sesetengah ejen dari syarikat lain yang mengatakan Prudential ada masalah besar,nak bangkrap dan sebagianya.Itu hanyalah spekulasi semata-mata,berniat jahat dan ingin menangguk di air yang keroh.Beginilah cara kami ejen di Prudential untuk 'fight' sama juga kami 'fight' untuk claim atau tuntutan pelanggan.Perhimpunan ini hanyalah antara ejen & CEO dan tiada kena mengena dengan pelanggan. Adakah kami ejen Prudential akan meninggalkan Prudential?.Tidak sama sekali,oleh kerana itu kami harapkan sokongan orang ramai terutama pelanggan dalam mempertahankan hak kami supaya kami dapat terus berkhidmat kepada pelanggan.Lebih baik seorang CEO berundur dari berpuluh ribu ejen yang berundur. Kepada sesetengah ejen dari syarikat lain yang ingin menangguk di air keruh dan memburukkan kami,harap sudah-sudah la tu.Anda buat sahaja kerja anda.Siapa tahu satu hari anda juga perlu pertahankan hak anda dan perlu buat macam kami.Sekian.. Azmi Takaful Ejen Sepenuh Masa Prudential 012 729 2141 #TogetherWeAreStrongger #PruliaPicket2018 #CEOgoback #CEOGiveBackOurMoney CEO Prudential Malaysia - Mr.Gan Leong Hin Jom berhibah untuk yang tersayang,mulalah dengan hanya RM50 sahaja sebulan.Untuk konsultasi hubungi saya Azmi - 012 729 2141.
apa itu hibah? --> www.azmitakaful.com/hibah-takaful.html Baru-baru ini viral seorang yang bergelar 'Datuk' mengamuk dan buat live video mendakwa yang Prudential BSN Takaful penipu dan minta orang ramai menjauhi dari mengambil insurans takaful dari Prudential BSN Takaful,kerana claim beliau tidak dibayar. Walaupun saya bukanlah ejen beliau,tapi saya sebagai ejen Prudential BSN takaful juga terkesan dengan video itu dan ramai juga client yang bertanya berkenaanya. Berdasarkan video,tersebut.Beliau mengatakan bahawa beliau pernah ada batu karang dan claim pertama beliau pernah di reject kerana beliau pernah ada batu karang sebelum mengambil insurans. Dengan seidkit pengalaman yang saya ada,saya boleh rumuskan bahawa bukanlah claim jantung beliau ditolak sama sekali,tetapi oleh kerana kes sebelumnya belum selesai,maka proses claim terkini tidak dapat dijalankan.Peranan ejen di sini sangat penting kerana ejen perlu selesaikan dulu kes pertama.Di mana,biasanya syarikat akan keluarkan satu surat "Offer letter" untuk client tandatangan tanda setuju dengan terma yang baru.Iaitu penyakit sedia ada (batu karang) tidak akan dilindungi.Jika client,setuju client akan tandatangan dan akan pulang semula surat itu.Nampaknya proses ini tidak dijalankan dengan baik oleh ejen. SOP yang sama juga diaplikasikan oleh syarikat-syarikat lain bukan sahaja Prudential BSN Takaful.Maka tidak adil lah menuduh Prudential BSN Takaful sahaja penipu dan mempengaruhi orang lain untuk boikot dan menjauhi Prudential BSN Takaful. Kes ini sebenarnya boleh selesai,cuma ia perlukan sedikit masa.Maka pihak client perlulah membayuar dahulu segala bil (pay & claim) dan apabila kes pertama selesai,maka Prudential BSN Takaful akan membayar semula kepada client mengikut pelan yang client ambil. Pihak syarikat juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan diharap pihak client dapat bersabar.Untuk orang lain yang terpengaruh samaada existing client atau yang baru nak mengambil produk dari Prudential BSN Takaful,diharap dapat mendengar kedua belah pihak dan tidak membuat keputusan dengan hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Sesungguhnya pihak Pudential BSN Takaful amat komited dan telah membayar claim yang sangat banyak dan memberi manfaat ramai rakyat Malaysia.Jika ada kes-kes claim yang sangkut,sesungguhnya mesti ada sebab yang solid dan bukan keputusan yang suka-suka kerana kita ada polisi sebagai agreement. Pesanan untuk rakyat Malaysia,janganlah mudah mendengar khabar angin atau tular dan mudah menghakimi sedangkan kita tidak tahu perkara sebenar dan hanya mendengar keterangan sebelah pihak sahaja.Ambillah insurans takaful lebih awal ketika anda masih sihat,jangan bertangguh kerana caruman akan lebih mahal jika anda makin berusia,dan lebih bermasalah lagi jika anda sudah ada penyakit. By : Azmi Takaful 012 729 2141 -Ejen 'Baruah' yang telah membantu ramai client menyelesaikan claim mereka. Sebahagian kecil client saya yang telah menikmati manfaat takaful https://www.azmitakaful.com/tuntutan--testimoni.html p/s : Untuk info,sebutan Prudential bukan "Prudental" tapi sebutan yang betul ialah "Prudensyel".Prudental tu syarikat ubat gigi. ;) FAKTOR UTAMA KENA CLAIM REJECTKENYATAAN RASMI DARI PRUDENTIAL BSN TAKAFULCLAIM SEPANJANG TAHUN 2017Menurut The Star Online,kadar insurans & takaful dijangka meningkat pada tahun 2017.Ini adalah kerana inflasi dan kadar kos perubatan yang semakin meningkat.
Oleh itu,janganlah berlengah lagi,dapatkan sebutharga sekarang sebelum menjelangnya tahun 2017. Hubungi Azmi (sms/whats app) untuk pertanyaan sekarang! Insurance up, again Even as the Health Ministry and Bank Negara race towards slashing medical and insurance costs through various measures, Malaysians have to contend with another round of price hikes. BARELY two years since the last price hike, policyholders are again forced to pay more for medical coverage as insurers battle with inflation. A check with agents from several companies reveals that at least five insurers have either increased their charges and premiums or repriced their medical card, by up to a whopping 30% since early this year. More are expected to follow suit, agents believe. “My company planned to do it in July but it’s been deferred to next year. The hike is expected to be an average of RM15 per month for medical insurance. Another company was supposed to increase this year but after talking to their agents, decided to put it on hold,” a senior agent who only wants to be known as Rajini, shares. One company implemented the higher rates of between 10% and 15% in January while another two repriced their medical cards by up to 30% recently, he adds. In 2014, Sunday Star exclusively reported that faced with higher claims from rising medical costs, many insurance companies increased their charges and premiums by up to 20%. Another senior agent who declined to be named says his company has been sending out letters to notify policyholders of a 10% to 30% hike since October. Both agents have been in the industry for some 30 years. Venting on Facebook with a row of angry emoji, one policyholder says his yearly premiums will increase by more than RM300 next year. He says the insurer sent a letter notifying him of the hike due to higher medical costs. On Friday, a Petaling Jaya reader wrote to The Star saying that his insurer was raising his annual medical insurance premium by RM300. Policyholders shouldn’t have to pay a higher premium because insurers would have factored in inflation when coming up with the yearly premium table, he opined. And, as coverage is capped, any hike in medical costs just means that the policyholder will reach the cap faster. The perception that medical costs have increased, he felt, could be due to some medical practitioners who inflate the costs for insured patients. The National Association of Malaysian Life Insurance and Family Takaful Advisors (Namlifa) objects to the increase. Its president James Bong insists that any increase must be justified, pointing out that a rise in premiums cannot be at the insurers’ whims and fancies. Inflation is always blamed but where is the justification, he asks. “How much claims have been paid out? What was the total premium received? We don’t know.” He also questions whether the mortality table used to calculate premiums was updated. “You cannot use a mortality table from the 1970s to calculate today’s premiums. Our life expectancy is much longer now so premiums should be lower,” he adds. A premium hike, he says, would hinder Bank Negara’s goal in achieving a 75% insurance penetration rate by Year 2020, forcing the Government to build more hospitals. Life insurance, Rajini explains, has two main components – basic, which covers death and disability, and riders. Everything that’s covered has its own premium. Medical usually costs the most, he observes. So, even if the medical rider that’s attached to insurance plans are not making money, the basic coverage and other riders like accident, premium waiver and critical illness, are still raking in profits. “Every time there’s a reprice, the profit margin gets higher. They’re still making a profit despite rising healthcare costs and having to make higher claim payouts. It’s just that they’re earning less. “Previously, my company only increased premiums and charges for new medical cards but since 2014, even existing policyholders were affected.” In May, his company’s agent association appealed to Bank Negara to re-consider allowing an increase in premium and charges as it would have a negative impact on the central bank’s penetration drive. Insurers, thinks Namlifa’s immediate past president Victor Kho, are taking the easy way out by blaming high hospital charges and making policyholders the scapegoat. The Government must be the guardian of consumers or risk losing the public’s trust. Unless the reasons behind the hike are explained clearly with statistics, it shouldn’t be allowed, he says. “Every other year, premiums increase. How are policyholders to survive? If the numbers prove that a hike is necessary, okay. But the quantum must be reasonable and policyholders who haven’t made claims must get some benefit back. It’s unfair to make good customers support the bad ones.” Bong agrees. Insurers must reward healthy policyholders. For instance, those who lead healthy lifestyles, should get a higher sum assured, he suggests. The Goods and Services Tax (GST), Rajini laments, isn’t helping. When a policy is repriced, the GST charged also rises. And, when hospitals charge insurance companies GST, the inflated charges are passed on to consumers. He says many policyholders, have had their policy lapse in the last two years because of non-payment compared to previous years because of the GST, higher living costs, and pricier premiums. “Yes, policyholders get some extra benefit for upgrading to the new, pricier medical cards, but if they cannot afford the hike, the policy lapses. And, existing policyholders who aren’t eligible for the upgrade will have to buy a new, more expensive policy.” Life insurance must guarantee coverage and some savings but that isn’t so for some products, he sighs. Namlifa, Bong assures, will continue engaging with the Finance Ministry to exempt “necessity policies” covering hospitalisation and critical illnesses, from the GST because if people opt out of getting insurance or if their policies lapsed because they could not afford to continue paying their premiums, it will burden government coffers. In March last year, Sunday Star reported that policyholders must pay at least 6% more for medical and health-related insurance coverage although life insurance is exempted from the GST. The GST impacts all traditional and investment-linked policies with medical, critical illness or personal accident benefits attached. For traditional policies, the GST is imposed on the premium. For investment-linked policies, it’s charged on the insurance charges. Bong hopes the Government will allow tax relief claims of RM6,000 for life insurance, RM3,000 for medical insurance and RM3,000 for education insurance. Tax relief for Employees Provident Fund (EPF) contribution and life insurance is currently limited to RM6,000. And, tax relief for medical and education insurance is capped at RM3,000. “Each insurance product should have a separate tax relief category and not be lumped together. Tax relief will encourage more people to get insurance, in line with Bank Negara’s aim.” It’s up to the Government to control private healthcare costs, Federation of Malaysian Consumers Association secretary general Datuk Paul Selvaraj opines. Healthcare isn’t a commodity and shouldn’t be priced as such. It’s a basic human right, he insists. Insurance rates will only go down if medical costs in private hospitals are contained, he opines. “In many countries, public and private healthcare are integrated so the difference in costs for basic medical services is small,” he says. Malaysia, Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah recently announced plans to further achieve universal health coverage (UHC) through public and private partnerships. Growing population needs such as the increasing number of non-communicable diseases and the ageing population, are taking a toll on the system, Sunday Star reported on Nov 20. Dr Noor Hisham had said that the Government would come up with a voluntary private insurance scheme, with the price being negotiated by the Government for better healthcare access to the private sector. With financing from the scheme, private hospitals could continue expanding in urban areas and rural areas so the Ministry need not invest in hospitals. sumber :http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/11/27/insurance-up-again/ Dalam kehidupan yang sentiasa berubah dan tidak menentu, adalah penting bagi kita untuk melindungi diri sendiri dan keluarga dari perkara-perkara yang tidak diingini dan tidak dapat dielakkan. Namun begitu masih lagi ramai orang di Malaysia yang tidak merperlihatkan kepentingan insurans nyawa dalam perancangan kewangan mereka. Menurut laporan 2012/2013 Protection Gap Study yang dikaji oleh Life Insurance Association of Malaysia (LIAM), hanya sebanyak 56% orang di Malaysia yang dilindungi oleh insurans nyawa. Seandainya anda belum lagi dilindungi ataupun ingin mengetahui lebih banyak informasi berkenaan insurans nyawa dan liputannya, di sini 5 perkara anda perlu tahu mengenainya. ![]() 1) Apakah liputan insurans nyawa di Malaysia? Sebagai permulaan, polisi insurans nyawa adalah satu kontrak di antara syarikat insurans dan pemegang polisi, di mana pembayar akan membuat bayaran secara ansuran sama ada bayaran bulanan, setiap tiga bulan, dua kali setahun ataupun sekali setahun, dan pembayar akan mendapat pembayaran balik dalam sekaligus ataupun dalam bentuk manfaat selepas kematian kepada benefisiarinya selepas kematian pembayar. Pada masa kini, kebanyakan insurans nyawa juga menyediakan pampasan Hilang Upaya Kekal (atau TPD) untuk melindungi pemegang polisi dan keluarganya sekiranya pembeli insurans hilang upaya untuk menjana pendapatan. Salah satu kelebihan insurans nyawa ialah manfaat selepas kematian untuk kesemua jenis insurans nyawa adalah bebas cukai. 2) Kenapa anda memerlukan insurans nyawa? Untuk mengenalpasti samada anda memerlukan insurans nyawa, anda seharusnya mempertimbangkan hakikat yang paling teruk sekiranya berlaku sebarang kecelakaan. Sekiranya anda meninggal dunia keesokan hari, adakah keluarga kesayangan anda akan dilindungi dari aspek kewangan? Sekiranya keluarga anda akan menghadapi kesusahan dari segi kewangan selepas pemergian anda, maka jelaslah anda memerlukan insurans nyawa. Manfaat selepas kematian akan menggantikan pendapatan anda dan juga membantu keluarga anda menangani keperluan kewangan yang lain. Adakah anda pasti keluarga anda berupaya untuk membayar perbelanjaan terakhir anda seperti perbelanjaan perubatan, perbelanjaan pengebumian, cukai, hutang dan bayaran penguaman? Adakah mereka berupaya untuk membayar pembiayaan rutin seperti sewa, pinjaman perumahan, makanan, pakaian, pengangkutan dan pembiayaan kesihatan, sekurang-kurangnya di tahap awal? Bagaimana pula dengan matlamat kewangan jangka panjang? Dengan pemergian anda, adakah pasangan anda dapat mempunyai wang yang secukupnya untuk tujuan pendidikan tinggi anak anda ataupun untuk tujuan persaraan? Adakah anda juga beringin untuk meninggalkan sesuatu untuk anak atau cucu anda? Polisi insurans nyawa di Malaysia adalah paling sesuai untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga yang bergantung kepada mereka dari segi kewangan, maka ia tidak wajib bagi kanak-kanak ataupun persara yang tiada sumber pendapatan atau ahli keluarga yang bergantung kepada mereka dari segi kewangan. Liputan insurans nyawa akan memastikan orang kesayangan anda terus dibiayai secara kewangan jikalau anda tiada lagi ataupun hilang keupayaan untuk mencari sumber pendapatan. Keluarga anda akan mendapat kepastian bahawa kualiti kehidupan mereka tidak akan terjejas dengan perlindungan insurans sepenuhnya. Tambahan pula, anda berhak menuntut pelepasan cukai sehingga RM6,000 setahun untuk sumbangan anda terhadap insurans nyawa dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 3) Jenis-jenis polisi insurans nyawa Jenis-jenis polisi insurans nyawa 4) Apakah faktor-faktor yang harus dipertimbangkan? Insurans nyawa khasnya adalah untuk melindungi anda seumur hidup, maka ia adalah mustahak untuk anda membuat penyelidikan dan mempertimbangkannya dari semua aspek sebelum membuat keputusan untuk membeli insurans tersebut. Berikut adalah beberapa faktor yang seharusnya dipertimbangkan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli polisi insurans yang terbaik di Malaysia dan juga bersesuaian dengan keperluan anda: (a) Matlamat kewangan Anda harus mengenal pasti matlamat kewangan anda sebelum memilih polisi insurans yang bersesuaian dengan keperluan anda. Insurans nyawa bukan sahaja untuk membantu keluarga anda dari aspek kewangan selepas anda meninggal dunia, ia juga boleh membantu anda mencapai matlamat-matlamat lain. Anda mungkin mengharapkan pembayaran manfaat kematangan untuk pesaran anda, untuk pembiayaan pendidikan luar negara bagi anak anda, ataupun salah satu cara untuk anda meringankan bebanan cukai seiring dengan peningkatan tanggungjawab keluarga anda. Apa jua matlamat anda, ia mempunyai pengaruh besar dalam menentukan polisi insurans nyawa yang paling sesuai untuk anda. (b) Kos premium Walaupun insurans nyawa dibeli untuk membantu anda merealisasikan matlamat kewangan dan melindungi keluarga anda, harga premium seharusnya berpatutan dengan kemampuan anda. Membayar premium yang terlalu mahal boleh menyebabkan pembayaran polisi anda tertunda dan akhirnya mengakibatkan krisis kewangan. Menurut perancang kewangan, premium insurans anda harus merangkumi 6% sahaja dari jumlah pendapatan anda. Contohnya, jika pendapatan anda adalah RM5,000, maka premium insurans bulanan sepatutnya tidak melebihi RM300. Sepertimana apabila anda membeli apa jua, anda mesti membuat semakan terdahulu apabila membeli polisi insurans nyawa supaya dapat memilih polisi yang terbaik dan berpatutan. (c) Nilai polisi Sebenarnya, proses menentukan jumlah insurans nyawa yang anda perlukan tidak perlu rumit. Anda boleh berbincang dengan wakil ejen insurans anda berdasarkan tiga langkah yang berikut untuk menentukan jumlah polisi insurans yang perlukan hari ini untuk melindungi keluarga anda. Andaikan anda seorang profesional berumur 30 tahun yang telah berumahtangga dengan seorang anak, berikut adalah anggaran jumlah nilai insurans nyawa yang anda perlukan: 5) Memilih polisi insurans yang sesuai Memilih insurans nyawa yang sesuai bergantung kepada keperluan kewangan anda dan keluarga anda untuk masa kini dan masa depan. Insurans nyawa adalah perlindungan yang penting untuk kebanyakan orang.
Seperti mana dijelaskan, insurans nyawa adalah paling sesuai untuk individu yang mempunyai tanggungan dari segi kewangan, dan semakin banyak tanggungan anda, semakin tinggi nilai polisi atau jumlah insurans anda. Ia bukan sahaja penting untuk mendapatkan insurans nyawa, ianya penting bukan mendapatkan insurans nyawa yang secukupnya supaya keluarga anda tidak terabai dari segi kewangan jika sesuatu berlaku dengan anda. Kadar purata perbelanjaan untuk setiap tanggungan adalah antara RM100,000 hingga RM150,000. Ini hanya jumlah perbelanjaan purata bagi seseorang individu untuk terus hidup untuk lima tahun sekiranya sesuatu berlaku kepada pencari nafkah utama di sesebuah keluarga. Anda harus menentukan jumlah polisi dan jenis polisi insurans nyawa yang diperlukan supaya tidak terikat dengan perlindungan yang tidak mencukupi atau perlindungan mahal yang tidak diperlukan. Sewaktu membuat pilihan polisi, anda harus mempertimbangkan polisi yang paling sesuai dengan peringkat hidup anda dan memahami liputan setiap satu polisi. Salah satu kesilapan umum oleh ramai orang adalah mereka gagal membuat semakan ke atas polisi mereka dari masa ke semasa. Keperluan kita sentiasa berubah dan perlindungan insurans nyawa anda perlu mencerminkannya. Sebagai contoh, keluarga yang baru menerima cahaya mata akan mempertingkatkan keperluan bulanan terhadap pendapatan serta keperluan untuk jangka masa panjang seperti pelan pendidikan anak. Setiap individu dewasa semestinya menyemak polisi insurans nyawa mereka setiap beberapa tahun sekali untuk mengenalpasti ianya mendapat perlindungan yang secukupnya. Tiada jumlah wang yang boleh mengantikan nyawa seseorang. Namun, polisi insurans nyawa boleh memberi perlindungan untuk berdepan dengan ketidaktentuan hidup. Insurans nyawa adalah perlindungan yang penting untuk kebanyakan orang. Seperti mana dijelaskan, insurans nyawa adalah paling sesuai untuk individu yang mempunyai tanggungan dari segi kewangan, dan semakin banyak tanggungan anda, semakin tinggi nilai polisi atau jumlah insurans anda. Ia bukan sahaja penting untuk mendapatkan insurans nyawa, ianya penting bukan mendapatkan insurans nyawa yang secukupnya supaya keluarga anda tidak terabai dari segi kewangan jika sesuatu berlaku dengan anda. Kadar purata perbelanjaan untuk setiap tanggungan adalah antara RM100,000 hingga RM150,000. Ini hanya jumlah perbelanjaan purata bagi seseorang individu untuk terus hidup untuk lima tahun sekiranya sesuatu berlaku kepada pencari nafkah utama di sesebuah keluarga. Anda harus menentukan jumlah polisi dan jenis polisi insurans nyawa yang diperlukan supaya tidak terikat dengan perlindungan yang tidak mencukupi atau perlindungan mahal yang tidak diperlukan. Sewaktu membuat pilihan polisi, anda harus mempertimbangkan polisi yang paling sesuai dengan peringkat hidup anda dan memahami liputan setiap satu polisi. Salah satu kesilapan umum oleh ramai orang adalah mereka gagal membuat semakan ke atas polisi mereka dari masa ke semasa. Keperluan kita sentiasa berubah dan perlindungan insurans nyawa anda perlu mencerminkannya. Sebagai contoh, keluarga yang baru menerima cahaya mata akan mempertingkatkan keperluan bulanan terhadap pendapatan serta keperluan untuk jangka masa panjang seperti pelan pendidikan anak. Setiap individu dewasa semestinya menyemak polisi insurans nyawa mereka setiap beberapa tahun sekali untuk mengenalpasti ianya mendapat perlindungan yang secukupnya. Tiada jumlah wang yang boleh mengantikan nyawa seseorang. Namun, polisi insurans nyawa boleh memberi perlindungan untuk berdepan dengan ketidaktentuan hidup. Kredit kepada www.iMoney.my Pemansuhan sepenuhnya Kad Perubatan Health Enrich yang ada sekarang dan akan digantikan dengan produk baru iaitu Kad Perubatan Health Enrich Plus yang mempunyai ciri-ciri tambahan.Walaupun begitu,harga juga akan meningkat.Oleh itu,jika anda ingin penjimatan sehingga 10-20% dari kadar bayaran,masih sempat lagi untuk memiliki Kad Perubatan Health Enrich sehingga 31 May 2016.
Apa tunggu lagi?sms/wassap sekarang 012 729 2141 Retreat adalah rutin biasa bagi Madinah Group untuk berkumpul dan mencari jalan untuk meningkatkan sales.Ia juga platform untuk ejen-ejen baru dapat mengenali lebih dekat ejen-ejen lama dan belajar antara satu sama lain.Untuk bulan Mac,kami memilih tema hijau dan sambutan hari jadi juga dijalankan untuk meraikan rakan-rakan ejen yang menyambut ulangtahun kelahiran sepanjang Mac.Oleh yang demikian,kami mengalu-alukan sesiapa yang ingin berjaya dalam bidang insurans takaful,sertailah kumpulan kami..Madinah Group...Place To Succeed!!
Alhamdulillah event bowling suka-suka antara agent Madinah Group telah berjalan lancar pada 27/2/2016 yang lepas.Nampaknya semua ceria dan enjoy dengan majlis tersebut.Tahniah kepada yang menang dan tahniah juga kepada team Ceria Club yang bersusah payah menganjurkan majlis ini dengan jayanya.Berbanyak terima kasih juga kepada semua yang hadir dan memeriahkan majlis.Semoga kita jumpa lagi di majlis anjuran Ceria Club di masa akan datang...
|
ADMIN
MOHD AZMI VIDEO TESTIMONI
VIDEO KAD PERUBATAN
VIDEO MENJADI EJEN
Kepada pengunjung & client,jika anda rasa blog ini memberi manfaat & informasi ..sila LIKE blog ini & FB FANPAGE jugak ye!! TQ Komen di siniArchives
January 2021
Categories
All
Disclaimer/Penafian
laman web/blog ini bukanlah web/blog rasmi PruBSN Takaful atau Prudential Assurance Malaysia Bhd.Ia adalah merupakan web/blog milik ejen atau wakil syarikat tersebut.Segala penerangan di dalam web/blog ini adalah secara ringkas & pendapat peribadi dan bukan dari dokumen sijil.Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan ejen sah untuk penerangan lebih terperinci.Saya dan syarikat PruBSN dan Prudential Assurance tidak bertanggungjawab atas salah faham tentang isi kandungan web/blog ini.Sila rujuk lawan web rasmi prubsntakaful.com.my & prudential.com.my untuk maklumat lebih jelas. |
- Produk PruBSN Takaful Paling Hot!
- Prubsn Setia & Prubsn Impian 2021- NEW!
- Prubsn Anugerah Plus 2021- NEW!
- Prubsn Warisan Plus 2021 - NEW!
- Hibah Takaful
- Medical Card Prubsn Takaful
- Blog Prudential BSN Takaful
- Sembang Takaful - Video
- Hubungi Saya
- Apa Insurans | Takaful | Kad Perubatan
- Jawatan kosong | Kerjaya | Karier
- Tuntutan | Testimoni
- Penyakit Kritikal | Penyakit Spesifik
- Sejarah Prudential & Prudential BSN Takaful
- Kamus | Terma | Bahasa Insurans
- Cara Bayaran Sijil Takaful online
- FAQ
- Insurans Am & Takaful Am [Perbaharui insurans kenderaan anda]
- Medical Professional Indemnity
- Kenaikan Insurans & Takaful 2020 (repricing)
- Marketing Materials For Agents
Prudential Bsn Takaful Terbaik 2021
Azmi
012 - 729 2141
Wakil Dan Ejen Sepenuh Masa Bagi Syarikat Prudential BSN Takaful Sejak Tahun 2010.Dapatkan Nasihat Dari Saya secara PERCUMA!!