AZMITAKAFUL
WWW.AZMITAKAFUL.COM
'Takaful Dahulu...Baru Tawakal..'
  • Produk PruBSN Takaful Paling Hot!
  • Prubsn Setia & Prubsn Impian 2021- NEW!
  • Prubsn Anugerah Plus 2021- NEW!
  • Prubsn Warisan Plus 2021 - NEW!
  • Hibah Takaful
  • Medical Card Prubsn Takaful
  • Blog Prudential BSN Takaful
  • Sembang Takaful - Video
  • Hubungi Saya
  • Apa Insurans | Takaful | Kad Perubatan
  • Jawatan kosong | Kerjaya | Karier
    • Kenapa Pilih Prudential | PruBSN Takaful
    • Kepentingan Takaful & Insurans
  • Tuntutan | Testimoni
  • Penyakit Kritikal | Penyakit Spesifik
  • Sejarah Prudential & Prudential BSN Takaful
  • Kamus | Terma | Bahasa Insurans
  • Cara Bayaran Sijil Takaful online
  • FAQ
  • Insurans Am & Takaful Am [Perbaharui insurans kenderaan anda]
  • Medical Professional Indemnity
  • Kenaikan Insurans & Takaful 2020 (repricing)
  • Marketing Materials For Agents

Prudential Bsn Takaful Terbaik 2021

Azmi
012 - 729 2141

Wakil Dan Ejen Sepenuh Masa Bagi Syarikat Prudential BSN Takaful Sejak Tahun 2010.Dapatkan Nasihat Dari Saya secara PERCUMA!!

Klik Utk Info Produk Terkini

KENAIKAN CARUMAN INSURANS TAKAFUL KESIHATAN 2020 ( MEDICAL INSURANCE TAKAFUL REPRICING 2020 )

12/3/2020

0 Comments

 
Assalamualaikum kepada semua pelanggan Prubsn Takaful & Prudential Malaysia umumnya dan pelanggan Azmitakaful.com khasnya.Dikala negara dilanda wabak pandemik covid-19,semakin ramai orang tergerak hati untuk memiliki insurans atau takaful.Walaupun begitu,ada juga berita kurang enak didengar oleh pelanggan-pelanggan sedia ada.Baru-baru ini mereka telah mendapat notis kenaikan harga atau repricing polisi masing-masing yang mempunyai manfaat kad perubatan (medical card).

Antara punca menyebabkan kenaikan ini adalah :

1. Kos perubatan di hospital meningkat kerana :

A)Teknologi perubatan yang semakin canggih & pembelian alatan & ubatan import meningkatkan lagi kos rawatan ditambah dengan kadar ringgit yang rendah.

B) Peningkatan penyakit dikalangan pelanggan kerana gaya hidup yang tidak sihat,stress dan diet pemakanan tidak sihat menyebabkan lebih ramai memerlukan perkhidmatan kesihatan.

C) Jangka hayat pelanggan yang semakin panjang.Ini menyebabkan perkhidmatan kesihatan yang semakin panjang juga diperlukan.


2. Kenaikan yuran profesional para doktor yang dicaj kepada pesakit seperti yang telah diluluskan oleh Majlis Pengamal Perubatan Malaysia.


Oleh kerana 2 punca utama ini telah menyebab Tabung Tabarru' untuk membayar tuntutan perubatan telah terjejas melebihi jangkaan syarikat maka telah berlaku pembayaran yg lebih tinggi dari kiraan,sedangkan kadar sumbangan para pelanggan masih kekal.

Oleh yang demikian, pihak syarikat tiada cara lain terpaksa menyemak kadar sumbangan baru bagi menyesuaikan dengan nilai tuntutan semasa agar Tabung Tabarru dapat bertahan untuk membayar tuntutan perubatan semasa dan akan datang.

Syarikat faham mungkin tuan/puan tertanya kenapa terlibat dengan kenaikan ini sedangkan tidak pernah membuat tuntutan. Ya memang benar persoalan itu kalau ikut logiknya tetapi perlu difahami kita menyertai Pelan Takaful adalah berkongsi risiko untung rugi secara bersama. 

Sebagai contoh mudah kita baru sertai pelan takaful selama 2 tahun dengan jumlah sumbangan RM200 sebulan X 24 bulan = RM4,800 jumlah caruman secara kasarnya.

Ditakdirkan diuji dengan penyakit dan dirawat dengan kos bil hospital RM10,000 dan dibayar oleh Tabung Tabarru' RM10,000 kepada hospital. Persoalannya, dari manakah RM10,000 tadi sedangkan kita baru mencarum RM4,800? Maknanya RM5,200 itu datangnya dari Tabung Tabarru' yang dikutip dari semua peserta takaful.

Mungkin hari ini kita carum kita tak guna tapi orang lain yang guna, satu masa nanti mungkin giliran kita pula guna.

Oleh sebab itu setiap tuntutan diteliti dengan cermat oleh Prubsn Takaful & Prudential Malaysia supaya setiap tuntutan yang dibayar adalah kes tuntutan yang tulin dan tiada manipulasi pihak tak bertanggungjawab. 

Sebagai syarikat insurans dan pengendali Takaful yang bertanggungjawab, syarikat selalu mengambil langkah-langkah Proaktif yang kerap untuk menyemak pelan perubatan kami terhadap keadaan pasaran seperti inflasi perubatan dan kenaikan Kos Penjagaan kesihatan, untuk memastikan bahawa pelanggan kami dapat terus menikmati perlindungan dari polisi/sijil mereka dalam masa panjang.Kebiasaannya setiap 3-5 tahun,caruman perlu disemak semula sejajr dengan keadaan semasa.

Cuba kita lihat harini , apakah barangan yang kita mampu beli dengan RM100 berbanding 5 tahun lepas je. Dari situ kita dapat memahami keadaan kenaikan ini.

Sebagai info tambahan,antara sebab pengiraan semula perlu dilakukan,ada kaitan dengan syarat baru yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada Julai 2019.Semua syarikat insurans & takaful perlu memastikan produk-produk insurans / takaful investment link mereka mengenakan “Minimum Allocation Rates” atau MAR sebanyak 60% dengan tujuan supaya polisi berkenaan boleh bertahan lebih lama berbanding sebelum ini.Syarikat perlu memastikan caruman dan nilai tunai boleh bertahan sehingga tamat tempoh polisi.Oleh yang demikian,polisi atau pelan-pelan lama yang dimiliki pelanggan sebelum syarat baru ini akan dikira semula (repricing)untuk memastikan syarat Bank Negara Malaysia dipenuhi.
​
 rujukan: 
https://ringgitplus.com/en/blog/insurance/what-you-need-to-know-about-the-new-regulations-on-investment-linked-insurance.html )


https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_announcement&pg=en_announcement&ac=720&lang=en

Untuk makluman,pengiraan semula hanya melibatkan peserta yang mengambil pelan Kad Perubatan sahaja. Jika pelan yang diambil tiada manfaat kad perubatan maka tiada sebarang kenaikan setakat ini.Bukan sahaja syarikat Prubsn Takaful & Prudential Malaysia sahaja yang terkesan,tapi kebanyakan syarikat lain juga akan mengambil langkah yang sama.Samaada cepat atau lambat sahaja.

Berdasarkan semakan baru-baru ini, kami akan menyemak caj insurans/potongan tabarru' untuk beberapa pelan perubatan kami. Semakan ini akan berkuatkuasa mulai 01 OKT 2020 / 01 DEC 2020 dan seterusnya.

Semakan Perubatan Berkuatkuasa Bermula
01 OKT 2020
PRUDENTIAL ASSURANCE M BHD
• PRUHealth (PHL)
• PRUFlexi Med (PFM)
• PRUValue Med (PVM)

PRUBSN TAKAFUL BHD
• HealthEnrich+ (HE+)
• HealthEnrich (HE)

1 DEC 2020
PRUDENTIAL ASSURANCE M BHD
• PRUMajor Med (PMM) series (ILP)

PRUBSN TAKAFUL BHD
• Takaful Health2 (TH2)
• Takaful Health (TH)
• Major Medical Cover2 (MMC2)
• Major Medical Cover (MMC)

Semakan semula caj insurans / potongan tabarru` akan berkuatkuasa pada tarikh ulang tahun polisi/sijil, dan premium/sumbangan akan meningkat dengan sewajarnya untuk menampung kenaikan/potongan tambahan.

Pelanggan yang terjejas akan diberitahu melalui e-komunikasi atau surat fizikal mulai 20 Ogos 2020 dan seterusnya berdasarkan tarikh ulang tahun polisi/sijil mereka. Cadangan perniagaan baru/endorsan untuk PRUHealth dan PRU Value Med yang diserah mulai 1 Oktober 2020 adalah tertakluk pada kadar baru.

Kami memahami kesukaran yang mungkin dihadapi oleh pelanggan kami pada tahun 2020 disebabkan oleh pandemik Covid-19. Oleh itu, kami akan mengkreditkan semula kenaikan caj / tabarru` tambahan yang dipotong untuk tahun 2020 kepada nilai akaun pelanggan kami. Pada masa yang sama, amaun premium / sumbangan akan dikekalkan untuk tahun 2020 dan premium / sumbangan baru (jika berkenaan) hanya akan berkuatkuasa mulai tahun 2021 dan seterusnya.

Harap maklum bahawa pertimbangan khas ini hanya untuk polisi/sijil dengan semakan berkuatkuasa pada tahun 2020. Untuk polisi/sijil yang akan disemak pada tahun 2021, caj insurans/potongan tabarru` dan premium/sumbangan baru akan berkuat kuasa dari ulang tahun polisi/sijil.

Oleh yang demikian kami ejen memohon jutaan kemaafan sekali lagi atas apa yang berlaku.Kami sebagai ejen juga adalah pelanggan & polisi kami & keluarga juga tidak terkecuali  dalam semakan semula ini.Kami dengan sedaya upaya cuba untuk memberikan yang terbaik untuk semua pihak.
Bidang kuasa kami sebagai ejen terhad untuk konsultasi plan dan tuntutan sahaja.Tidak lebih dari itu.

Jika terdapat pertikaian atau ketidakpuasan hati,mohon para pelanggan yang dihargai terus ajukan komen ke Prubsn Takaful atau Prudential Malaysia atau ajukan keluhan  ke Ombudsman Malaysia.

Pertanyaan dari pelanggan Prubsn Takaful
https://www.prubsn.com.my/en/campaigns-announcements/notice-of-medical-plan-revision-2020/

Pertanyaan dari pelanggan Prudential Assurance Malaysia
https://www.prudential.com.my/en/our-company/general-info/medical-plan-revision/

Sekian, Terima kasih.
Mohd Azmi
Perunding Takaful
- www.Azmitakaful.Com -
Takaful Dahulu,Baru Tawakal


MAKLUMAN REPRICING DARI PORTAL-PORTAL KEWANGAN

Picture
Picture
Picture

SYRIKAT-SYARIKAT LAIN YANG TURUT MELAKUKAN PENGIRAAN SEMULA (REPRICING)

Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments

    ADMIN

    MOHD AZMI
    (Ejen Sepenuh Masa Sejak 2010) 012 729 2141
    azmiprupartner@yahoo.com


    Penasihat Insurans & takaful dan wakil Prudential Assurance Malaysia Bhd & Prudential BSN Takaful Bhd


    Picture
    Klik Utk Wassap
    Picture

    VIDEO TESTIMONI

    VIDEO KAD PERUBATAN

    VIDEO MENJADI EJEN

    JAWATAN KOSONG
    EJEN DIPERLUKAN SEGERA!!

    Picture
    Kepada pengunjung & client,jika anda rasa blog ini memberi manfaat & informasi ..sila LIKE blog ini & FB FANPAGE jugak ye!! TQ

    Komen di sini

    Archives

    January 2021
    December 2020
    November 2020
    June 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    October 2019
    July 2019
    November 2018
    October 2018
    September 2018
    March 2017
    December 2016
    September 2016
    June 2016
    May 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012

    Categories

    All
    Ajen Prudential
    Cover Denggi
    Critical Illnesses
    Damansara Specialist
    Insuran
    Insuran Nyawa
    Insuran Prudential
    Kad Perubatan
    Life Insuran
    Medical Card Prudential
    Medical Card Takaful
    Meical Reimbursement Basis
    Menjadi Ejen Insuran
    Penyakit Kritikal
    Penyakit Spesifik
    Prudential Agent
    Prudential Assurance Malaysia Bhd
    Prudential Bangkok Challenge
    Prudential Bsn Bhd
    Prudential Challenge
    Prudential Claim
    Prudential Insurance
    Prudential Malaysia
    Prufleximed
    Pruhealth
    Prulife Ready
    Prulink
    Specific Illnesses

    RSS Feed

    My title
    Disclaimer/Penafian
    laman web/blog ini bukanlah web/blog rasmi PruBSN Takaful atau Prudential Assurance Malaysia Bhd.Ia adalah merupakan web/blog milik ejen atau wakil syarikat tersebut.Segala penerangan di dalam web/blog ini adalah secara ringkas & pendapat peribadi dan bukan dari dokumen sijil.Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan ejen sah untuk penerangan lebih terperinci.Saya dan syarikat PruBSN dan Prudential Assurance tidak bertanggungjawab atas salah faham tentang isi kandungan web/blog ini.Sila rujuk lawan web rasmi prubsntakaful.com.my  & prudential.com.my untuk maklumat lebih jelas.

Powered by Create your own unique website with customizable templates.